SEKTOR PERTANIAN DAN KEPENTINGANNYA

Sektor pertanian, perternakan dan perikanan merupakan aktiviti ekonomi yang dikategorikan sebagai sektor utama (primer sector) selain daripada perlombongan dan kuari. Merupakan aktiviti peringkat awal yang tidak atau kurang melibatkan aktiviti pemprosesan.

Walaupun proses urbanisasi semakin pesat dan tumpuan banyak diberikan kepada sektor pembuatan dan perkhidmatan, namun majoriti populasi di Asian Tenggara masih mendiami kawasan luar bandar dan bergantung kepada kegiatan pertanian sebagai sumber ekonomi utama.

Prestasi sektor pertanian sejak beberapa dekad yang lalu menunjukkan pola yang berbeza-beza di antara negara membangun. Output pertanian telah meningkat lebih daripada 60% sejak awal tahun 1970an, pengeluaran padi meningkat 2 kali ganda, eksport bahan dan tanaman industri juga meningkat dengan pesat. Peningkatan yang signifikan ini berlaku disebabkan oleh kepelbagaian dalam sistem pertanian.

Namun demikian, dikebanyakan negara di Asia Tenggara dapat dilihat syer tenaga kerja di sektor pertanian dan sumbanganya kepada KDNK semakin merosot jika dibandingkan dengan sumbangan oleh sektor pembuatan. Kejatuhan dalam sumbangan sektor pertanian mencerminkan perubahan struktur yang berlaku dalam ekonomi Malaysia yang ditunjukkan oleh meningkatnya sumbangan oleh sektor perindustrian dan perkhidmatan.

 

SEKTOR PERTANIAN DI MALAYSIA

Perancangan sektor pertanian secara sistematik dan terarah telah bermula sejak Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970) dan telah diperkemaskan lagi selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Sumbangan sektor pertanian kepada KDNK menunjukkan tren yang semakin menurun daripada 31.5% pada tahun 1965 kepada hanya 12.2% pada tahun 1997 dan 10.5% pada tahun 2000. Sektor pembuatan – pertumbuhan yang memberangsangkan daripada 10.4% pada tahun 1965 kepada 35.5% pada tahun 1997 dan 37.5% tahun 2000. Sumbangan sektor utama ialah 40.5% pada tahun 1965 menurun kepada 19.0% pada tahun 1997.

Sumbangan kepada peluang pekerjaan atau guna tenaga, tren yang sama iaitu daripada 52.1% pada tahun 1965 merosot kepada hanya 15.2% pada tahun 1997 dan 13.1% tahun 2000. Sebaliknya sektor pembuatan menunjukkan peningkatan daripada hanya 8.3% pada tahun 1965 kepada 27.5% pada tahun 1997 dan 28.9% pada tahun 2000.

Eksport pertanian – pada tahun 1970 eksport barangan pertanian merupakan 60.2% daripada jumlah eksport kasar negara (di mana getah merupakan hasil eksport utama iaitu sebanyak 33.4%). Eksport barangan pertanian telah menurun kepada 22.3% pada tahun 1990 dan 13.1% pada tahun 1995. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-6 (1996-2000) eksport barangan pertanian dijangka tumbuh pada kadar purata tahunan 6.5% berbanding dengan 25.8% oleh sektor pembuatan.

Dari segi penggunaan tanah pertanian di Malaysia, sebahagian besar diperuntukkan kepada tanaman kelapa sawit, sayur-sayuran, nenas dan buah-buahan. Penggunaan tanah pertanian meningkat daripada lebih kurang 5.5 juta hektar kepada tahun 1990 kepada 5.8 juta hektar pada tahun 1995 tetapi menurun kepada 5.4 juta hektar pada tahun 2000. Komoditi pertanian industri iaitu kelapa sawit terus menjadi komoditi pertanian utama yang melibatkan penggunaan tanah daripada 2.0 juta hektar pada tahun 1990 kepada 2.6 juta hektar pada tahun 2000. Peningkatan ini disebabkan oleh pembangunan tanah baru dan penukaran tanah tanaman getah kepada kelapa sawit.

Kejatuhan dalam sumbangan sektor pertanian mencerminkan perubahan struktur yang berlaku kepada ekonomi Malaysia yang ditunjukkan oleh meningkatnya sumbangan dari sektor perindustrian dan perkhidmatan. Perhatian dan penekanan yang diberikan terhadap pembangunan sektor perindustrian terutamanya, menunjukkan seolah-olah sektor pertanian telah dipinggirkan. Kegawatan ekonomi yang berlaku pada tahun 1997 telah mengakibatkan kenaikan harga barangan makanan akibat daripada kenaikan harga barang import. Keadaan ini telah meningkatkan kos pengeluaran yang akhirnya mendesak harga makanan untuk terus meningkat.

 

Import Makanan dan Tahap Mampu Diri Makanan

Malaysia

Import makanan di Malaysia telah meningkat daripada RM6,668.1 juta pada tahun 1994 kepada RM7,884.7 juta (atau 18.2%) pada tahun 1995, RM9,089.5 juta (atau 15.3%) pada tahun 1996 dan RM10,044 juta (10.5%) pada tahun 1997.

Sebahagian besar import makanan berupa daging lembu, tenusu, beras, sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin dan gula. Import sayuran bernilai sekitar RM2 bilion setahun manakala import beras berada sekitar RM400-500 juta. Peningkatan import makanan tanpa disusuli dengan peningkatan penawaran makanan akan membawa kepada masalah kadar mampu diri (self-sufficiency) yang rendah dan kesan terhadap imbangan pembayaran.

Penggunaan makanan per kapita, keperluan makanan akan terus meningkat dengan pertumbuhan penduduk negara pada kadar sekitar 2.3% setahun. Beras misalnya, jumlah pengeluaran ialah 1,373 ribu tan metrik pada tahun 1995 tetapi jumlah penggunaan ialah 1,798 ribu tan metrik. Ini menunjukkan kadar mampu diri sebanyak 76.36% sahaja.

Kegagalan negara untuk menyediakan makanan yang mencukupi boleh mengancam "keselamatan makanan" (food security). Paling ketara ialah kegagalan negara untuk memenuhi keperluan beras. Matlamat pencapaian 80% tahap mampu diri makanan yang dimuatkan dalam Dasar Pertanian Negara (DPN) 1984, terpaksa dinilai semula pada hanya 65% dalam DPN II (1992-2000).

Matlamat pengeluaran barangan makanan penting (kecuali beras) dan kadar mampu diri tidak dinyatakan dengan jelas dalam DPN I. Sementara DPN II pula, sasaran pengeluaran dan kadar mampu-diri barangan makanan penting seperti beras, sayur-sayuran, telur, ikan, daging (lembu, kambing, ayam & khinzir), buah-buahan dan susu telah dinyatakan dengan agak lengkap kerana ianya penting dari segi keselamatan makanan.

Kegawatan ekonomi yang berlaku telah sejak pertengahan tahun 1997 telah menyedarkan berbagai pihak tentang pentingnya negara mengeluarkan makanan yang mencukupi serta dasar yang tidak terlalu bergantung kepada bahan makanan yang diimport. Kejatuhan ringgit telah menyebabkan kenaikan harga barang import. Purata nilai RM pada Januari 1998 dibandingkan dengan nilai puratanya pada tahun 1997 menunjukkan nilai ringgit telah jatuh sebanyak 43.3% bagi setiap dollar Amerika. Kejatuhan secara tidak langsung ini telah menyebabkan harga makanan ternakan (jagung dan kacang soya yang kebanyakannya diimport dari Amerika Syarikat, China dan Argentina), racun serangga, baja dan bahan-bahan ubatan ternakan yang kebanyakannya diimport menjadi semakin mahal. Keadaan ini akan meningkatkan kos pengeluaran yang akhirnya mendesak harga barangan makanan untuk terus meningkat.

Walaupun negara sedang mengejar era negara perindustrian, perancangan pertanian terutamanya perancangan pengeluaran dan pemprosesan makanan tidak harus dipinggirkan. Pembangunan sektor pertanian seharusnya dianggap sebagai pelengkap kepada sektor perindustrian. Kepentingann mengurangkan import, meningkatkan kadar mampu diri seharusnya mendahului kepentingan untuk meningkatkan eksport makanan. Walaupun DPN telah berjaya mengurangkan import barangan makanan tertentu, tetapi kebanyakannya bukan merupakan barangan makanan penting, sebaliknya import barangan makanan penting terus meningkat. Kadar mampu diri barangan makanan yang belum mencapai pengeluaran 100% seharusnya ditingkatkan.

 

Pembangunan Sistem Pertanian

Kebanyakan kegiatan pertanian di negara membangun wujud dalam skala yang kecil, dijalankan secara tradisional dengan sistem pertanian sara diri. Senario ini selalunya dibangkitkan apabila membincangakan tentang sektor pertanian di negara membangun. Dalam kes-kes tertentu telah berlaku salah penjelasan terhadap perubahan ekonomi, teknologi dan persekitaran di negara2 tersebut.

Sejak berabad-abad petani telah mengubahsuai persekitaran produksi mereka, dengan menggunakan teknik pengeluaran yang baru dan membangunkan pelbagai tanaman komersial. Komersialisasi dan meningkatnya ekonomi perdagangan telah mengubah struktur sosial masyarakat petani. Tanah bukan lagi menjadi sumber milikan umum tetapi lebih merupakan komoditi yang dimiliki, dibeli atau dijual.

Integrasi kawasan luar bandar kepada ekonomi nasional dan antarabangsa telah memberi kesan kepada kawasan kampung adan tenaga buruh yang terdapat, ketiadaan tanah dan juga meningkatnya upah buruh. Gambaran visual landskap pertanian menunjukan telah berlaku beberapa perubahan melalui masa dari segi sosial, ekonomi, malahan juga biofizikal.

Impak teknologi moden terhadap pengeluaran padi misalnya melalui peningkatan penggunaan jentera untuk pembajakan dan penanaman, pemotongan padi dan penggunaan baja kimia serta racun serangga - telah menyumbang kepada peningkatan dalam produksi terutamanya di negara/kawasan di mana terdapatnya sistem taliair atau pengairan yang membolehkan penanaman dijalankan sepanjang tahun.

Pembaharuan Tanah

Kebanyakan kawasan luar bandar di negara membangun dan negara miskin, majoriti mempunyai milikan tanah yang bersaiz kecil atau penyewa kepada tanah orang lain atau hanya merupakan tenaga buruh yang tidak bertanah. Program Transmigrasi di Indonesia, FELDA di Malaysia dan pemulihan tanah di Filipina merupakan program-program yang bertujuan untuk mengagihkan semula tanah kepada petani-petani yang tidak bertanah yang miskin, mengurangkan sewa tanah dan meningkatkan jaminan hasil tanaman kepada penanam luar bandar.

Teknologi dan Sektor Pertanian.

Pembangunan teknologi bagi dari segi penggunaan jentera dan teknik penanaman, maupun dari segi teknologi bioteknologi banyak menyumbang kepada peningkatan dalam produktiviti dan hasil tuaian penanaman. Namun demikian, isu teknologi bioteknologi masih menjadi satu perdebatan kerana wujudnya kesan negatif daripada teknologi tersebut terhadap pengguna. R&D dan inovasi baru dianggap sebagai pencetus penting kepada pertumbuhan ekonomi.


Perbezaan dalam tahap teknologi di antara negara juga akan menggambarkan tahap produksi dan pergantungan sesebuah negara itu kepada negara yang lain terutamanya kepada negara maju di mana aktiviti R&D adalah tinggi. Produksi kebanyakan negera Dunia ke 3 selalunya mempunyai kaitan yang kecil dengan aktiviti R&D

Revolusi teknologi dalam pengeluaran padi yang dikenali sebagai Revolusi Hijau, dibangunkan pada tahun 1960an pada masa berlakunya pertumbuhan populasi dan pengeluaran pertanian yang rendah telah menimbulkan kebimbangan tentang kekurangan sumber bahan makanan. Package teknologi pengeluaran di bawah Revolusi Hijau adalah berasaskan kepada variati bijih benih padi yang boleh menghasilkan hasil tuaian yang tinggi (HYV – high yielding varieties) yang dihasilkan di International Rice Research Institute (IRRI) di Los Banos, Filipina. Sejak pertengahan tahun 1960an, penggunaan variati padi moden dan teknologi agro telah membawa kepada transformasi dalam pengeluaran padi di kebanyakan negara. Di antara tahun 1969 dan 1989, pengeluaran padi meningkat dua kali ganda di negara-negara seperti Indonesia dan Filipina, sehingga mencapai tahap ambang (threshold) self-sufficiency makanan bijirin nasional.

Hal ini banyak disebabkan oleh meningkatnya hasil tuaian per hektar yang disebabkan oleh penggunaan baja kimia dan variati /biji benih yang menghasilkan tuaian yng tinggi atau biji benih moden yang diperkenalkan pada tahun 1966. Peningkatan hasil padi juga disebabkan oleh kesediaadaan sistem pengairan/taliair.

Impak penggunaan teknologi. Meningkatkan penggunaan jentera, mengurangkan penggunaan buruh. Racun serangga dan penggunaan baja kimia – kesan terhadap kesihatan.

Walaupun Revolusi Hijau dianggap telah berjaya untuk meningkatkan produktiviti dalam pengeluaran pertanian, namun didapati penggunaan teknologi dalam sektor pertanian ini agak terhad terutamanya di kalangan negara membangun. Misalnya tidak dapat diperluaskan kepada

 

Persoalan sekarang :-

How can agriculture sector be expected to perform in the future?

Adakah wujud keperluan kepada perancangan makanan lestari dan apakah usaha-usaha yang boleh dilaksanakan.

Walaupun sektor pertanian boleh berkembang tetapi perluasan dari segi ruang semakin terhad pada masa hadapan. Di kebanyakan negara kekurangan tanah yang boleh ditanami semakin diberikan perhatian dan langkah2 mengatasi mula dilaksanakan. Intensifikasi pengeluaran boleh dipertingkatkan melalui pembangunan kaedah pengeluaran yang baru bagi menggantikan amalam tradisional yang menggunakan tanah secara ekstensif. Prospek untuk ini masih menjadi tanda tanya terutamanya dalam menjayakan sistem pertanian yang lebih sustainable atau mampan.

Kekangan sumber akan semakin meningkat dan ini akan membawa kepada perlunya membentuk sistem pertanian yang lebih efisien dan sustainable pada masa hadapan. Bagaimanakah kekangan kesediaan tanah untuk pertanian dapat diatasi ? Anda boleh merujuk kepada kes-kes pertanian moden dan berteknologi tinggi di beberapa negara maju.

 

 

Kuliah 2

 

TRANSFORMASI SEKTOR PERTANIAN DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT TANI LUAR BANDAR

 

Masyarakat terbesar (hampir 70%) populasi miskin dunia mendiami kawasan luar dan terlibat dalam pertanian sara diri. Sekiranya pembangunan hendak dilakukan dan menjadikan masyarakat ini ‘self-sustaining’ ia perlu bermula di kawasan luar bandar umumnya dan sektor pertanian khususnya.

Tradisionalnya, peranan sektor pertanian dalam pembangunan ekonomi dilihat sektor yang pasif dan hanya merupakan sektor sokongan (supportive/peripheral). Pengalaman barat – pembangunan hanya boleh dicapai melalui perubahan struktur daripada sektor pertanian keapda sektor perindustrian dan perkhidmatan yang lebih moden dan kompleks. Akibatnya – peranan utama sektor pertanian hanya sebagai penyedia sumber makanan yang mencukupi pada harga yang murah kepada populasi bandar dan juga lebihan buruh luar bandar sebagai sumber buruh kepada sektor bandar yang semakin berkembang.

Sekarang – ahli perancang pembangunan mula menyedari bahawa sektor pertanian dan ekonomi bandar luar seharusnya menjadi elemen yang dinamik dan maju bagi membawa pembangunan secara keseluruhannya kepada majoriti masyarakat di Negara Dunia Ketiga Pembangunan sektor pertanian seharusnya memainkan peranan penting atau dapat memberi kesan langsung terhadap usaha-usaha pembasmian kemiskinan.

 

Pembangunan Ekonomi Pertanian : Transisi dalam Sistem

Pertanian

3 tahap evolusi produksi pertanian iaitu :-

  1. Tahap primitif dan sara diri

  1. Tahap kepelbagaian tanaman (mixed/diversified farming)

  1. Tahap tanaman komersial moden (modern commercial farming)

 

Faktor-faktor Sosio-Ekonomi yang Mempengaruhi

Pertanian

Pembangunan pelbagai jenis pertanian dalam mana-mana wilyah bergantung kepada :-

Halangan-halangan sosial :-

 

Masalah Pemilikan Tanah

Masalah terbesar yang dihadapi oleh masyarakat tani adalah dari segi pemilikan tanah. Petani yang tidak mempunyai tanah atau menyewa tanah – kegiatan pertanian boleh terganggu oleh tempoh pemegangan tanah kerana :-

 

Masalah Pemasaran Hasil Pertanian

  1. Ketidakstabilan harga

  1. Penawaran dan Permintaan bermusim

 

 

  1. Kekurangan Saluran Pasaran Terjamin

  1. Kos dan Margin yang Tinggi

  1. Kekurangan Maklumat Pasaran

  1. Kekurangan Infrastruktur Pemasaran

 

 

Pembangunan Pertanian dan Kawasan Luar Bandar

Objektif utama pembangunan pertanian dan kawasan luar bandar adalah peningkatan berterusan dalam tahap kehidupan masyarakat tani luar bandar melalui peningkatan pendapatan, output dan produktiviti hasil pertanian.

Pembangunan sektor pertanian dan kawasan luar bandar :-

Teknologi dan Innovasi

Polisi dan Insentif

 

 

 

Institusi

Pemulihan Tanah

Pembangunan Bersepadu

 

Isu-isu Penting Sektor Pertanian di Malaysia

 

Perbincangan Tutorial :

  1. Dengan merujuk ekpada negara-negara tertentu sama ada negara maju atau negara membangun, bincangkan ciri-ciri sektor pertanian dan ekonomi luar bandar di negara-negara tersebut dan masalah-masalah dalam sektor pertanian yang dihadapi oleh negara-negara tersebut.
  2. Selidiki program-program pembangunan pertanian dan masyarakat tani luar bandar (sama ada dari segi polisi, strategi pembangunan, institusi dan sebagainya) dan bincangkan keberkesanan dan kejayaan program-program tersebut.
  3. Rujuk kepada kes-kes kajian berkaitan dengan faktor-faktor sosio-ekonomi yang boleh mempengaruhi pembangunan pertanian dan ekonomi luar bandar.