Rounded Rectangle: HGF 121/4 GEOGRAFI FIZIKAL

BAHAGIAN GEOGRAFI

PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

11800 PULAU PINANG  

(SEMESTER 12, SIDANG 2007/2008)

 

 

Pensyarah 1: Prof. Dr. Chan Ngai Weng                                      Waktu Pejabat:  Isnin-Jumaat  

(Bahagian Sistem & Kaji Iklim)                                                                                       8:00 am – 5:30 pm

Pejabat #: Bangunan C11 Bilik 114                                                 

Email: nwchan@usm.my                                                                                                                  

 

Pensyarah 2: Prof. Madya Dr. Wan Ruslan Ismail                             Waktu Pejabat:  Isnin-Jumaat

 (Bahagian Hidrologi)                                                                                                            8:00 am – 5:30 pm

Pejabat #: Bangunan C24 Bilik 235             

Email: wruslan@usm.my

 

Pensyarah 3: Dr Anisah Lee Abdullah                                       Waktu Pejabat:  Isnin-Jumaat

(Bahagian Biogeografi)                                                                                                     8:00 am  – 5:30 pm

Pejabat #: Bangunan C24 Bilik 203                             

Email: anisah@usm.my

 

Pensyarah 4: Dr Zullyadini A Rahaman                                   Waktu Pejabat:  Isnin-Jumaat

(Bahagian Geomorfologi)                                                                                                   8:00 am – 5:30 pm

Pejabat #: Bangunan C24 Bilik 221                              

Email: zully@usm.my

 

 

Kursus ini merupakan satu kursus yang luas bagi membolehkan pelajar-pelajar mendapatkan gambaran secara menyeluruh tentang berbagai bidang yang terkandung dalam Geografi Fizikal. Secara umumnya, Geografi Fizikal merupakan salah satu cabang dari bidang sains yang engkaji tentang bagaimana dan kenapa ciri-ciri fizikal bumi mengalami perubahan dari hari ke hari, tahun ke tahun dan juga perubahan yang berlaku semenjak berjuta-juta tahun yang lampau. Empat bahagian utama bumi yang merupakan fokus utama kajian oleh ahli-ahli Geografi Fizikal adalah seperti berikut;

Secara keseluruhannya ke empat-empat bahagian ini termasuk dalam empat bahagian utama geografi fizikal iaitu, Iklim dan Cuaca,  Biogeografi, Hidrologi dan Geomorfologi.

Tajuk-tajuk kuliah

 

Bahagian 1 – PENDEKATAN SISTEM

(Diajar oleh Prof. Dr Chan Ngai Weng)

 

 

 

 

 

 

Bahagian 2 –

KAJI IKLIM

(Diajar oleh Prof. Dr Chan Ngai Weng)

 

 

 

PENDEKATAN SISTEM DALAM GEOGRAFI FIZIKAL

  • Konsep Pendekatan Sistem
  • Sistem Terbuka, Sistem Tertutup, Sistem Terpencil, Sistem Morfologi, Sistem Lata, Sistem Kotak Hitam, Sistem Kotak Putih & Sistem Kotak Kelabu
  • Contoh-Contoh Pendekatan Sistem Dalam Kaji Iklim, Geomorfologi, Biogeografi & Hidrologi
  • Maklum Balas Sistem, Ambang, & Konsep Keseimbangan Sistem

 

KAJI IKLIM

(a) Sistem Atmosfera

  •  Komposisi
  •  Struktur
  •  Fungsi

 

(b) Suhu

  • Tenaga, haba dan suhu
  • Imbangan tenaga dan bahangan dalam sistem bumi-atmosfera
  • Imbangan tenaga dan bahangan di permukaan bumi
  • Faktor-faktor yang mempengaruhi taburan tenaga dan suhu di   permukaan bumi
  • Faktor-faktor yang mempengaruhi taburan suhu
  • Corak taburan suhu dunia
  • Tren suhu masa hadapan

 

(c) Tekanan Udara Dan Edaran Atmosfera

  • Maksud tekanan atmosfera
  • Faktor-faktor yang mempengaruhi tekanan
  • Corak taburan tekanan dunia
  • Siklon dan anti-siklon
  • Corak edaran tekanan tinggi(antisiklon)
  • Corak edaran tekanan rendah(siklon)
  • Faktor mempengaruhi tiupan & kelajuan angin
  • Edaran umum atmosfera
  • Model umum edaran udara/angin 

 

(d) Kelembapan Atmosfera

  • Sifat-sifat Fizikal Air
  • Kelembapan
  • Kelembapan bandingan
  • Tekanan Wap
  • Kelembapan tentu
  • Kelembapan mutlak
  • Kitaran hidrologi
  • Komponen-komponen utama kitaran hidrologi
  • Penyejatan
  • Sejatpeluhan
  • Pemeluwapan
  • Pembentukan Awan
  • Pembentukan kerpasan
  • Pintasan
  • Penyusupan
  • Aliran permukaan
  • Aliran bawah permukaan 

Bahagian 3 - BIOGEOGRAFI

(Diajar oleh Dr Anisah Lee Abdullah)

·         Biogeografi secara am

  • Daerah-daerah biotik
  • Konsep Ekosistem
  • Ekosistem Darat
  • Ekosistem Pinggir Pantai
  • Ekosistem Marin
  • Aliran Tenaga Dalam Ekosistem
  • Kitaran Bahan Dalam Ekosistem
  • Biodiversiti
  • Pemuliharaan Biodiversiti
  • Biogeografi, Biodiversiti dan Manusia

 

Bahagian 4 – GEOMORFOLOGI FLUVIAL

(Diajar oleh Dr Zullyadini A Rahaman)

(a) Konsep Sistem dalam Geomorfologi

  • Hipotesis Gaia
  • Konsep-konsep asas geologi
  • Plat tektonik
  • Kitaran batuan
  • Proses herotan

(b) Model bagi perkembangan landskap

  • Bentuk muka bumi struktural
  • Bentuk muka bumi luluhawa
  • Bentuk muka bumi hakisan
  • Bentuk muka bumi longgokan
  • Konsep keseimbangan dinamik

(c) Luluhawa

  • Bentuk muka bumi luluhawa
  • profil dan luluhawa dalam
  • pembentukan profil luluhawa

 (d) Hakisan dan Pemendapan Sungai

  • Proses cerun bukit
  • Gerakan Jisim
  • Aliran sungai dan proses fluvial

Bahagian 5 –

HIDROLOGI

(Diajar oleh Prof. Madya Dr Wan Ruslan Ismail)

a) Ciri Fizikal Air  

  • Air dan manusia
  • Sifat Air
  • Kitaran hidrologi

 

b) Kawasan Tadahan

  • Kawasan tadahan
  • Guna tanah dan hidrologi
  • Hujan dan hidrologi
  • Aktiviti manusia dalam kawasan tadahan

 

c) Hidrologi Cerun 

  

  • Proses air larian
  • Air larian cepat dan perlahan
  • Infiltrasi dan storan air tanah
  • Basuhan cerun

 

d) Pemindahan tenaga dan jisim

  • Basuhan cerun
  • Pengangkutan endapan sungai
  • Pengangkutan bahan terlarut

 

e) Hidrologi hutan

  • Pintasan, aliran batang dan jatuhan langsung
  • Penebangan hutan dan hidrologi

 

 


 

Penilaian Kursus

 (A) Markah Kerja Kursus ialah 30% yang merangkumi:-

(i)    Essei 20% : Tajuk essei akan diberitahu oleh pensyarah. Panjang esei adalah kira-kira 12 muka surat kertas A4 (tidak melebihi 3,000 perkataan) yang bertaip "double spacing", tidak termasuk jadual, rajah, peta dan rujukan. Esei mesti mengandungi semua daripada berikut:

Tajuk Esei, Nama Pelajar dan Nombor Metrik Pelajar dan Nama Pensyarah (halaman 1),

Isi Esei (halaman 2 - 11),

Kesimpulan (halaman 12 - berpanjangan kira-kira 500 perkataan) dan

Rujukan/Bibliografi (selepas kesimpulan). Setiap rujukan mesti mengandungi nama pengarang, tahun diterbit, tajuk penerbitan, nama penerbit, tempat diterbit, dan muka surat yang dirujuk (Lihat Contoh Rujukan Kursus ini di bawah). Pelajar-pelajar adalah digalakkan menaip esei dengan komputer.

 

CIPLAKAN (MANA-MANA BAHAGIAN ESEI PELAJAR LAIN ATAU PENULIS BUKU/MAKALAH AKAN DIBERI MARKAH SIFAR. ADA KEMUNGKINAN JUGA MEREKA YANG DIDAPATI BERSALAH AKAN DIGANTUNG 1 SEMESTER/SIDANG ATAUPUN DISINGKIRKAN DARI UNIVERSITI).

Explosion 1: 30 Ogos 2007
 

 

 

 


TARIKH AKHIR HANTAR ESEI :

 

 

Mereka yang tidak mematuhi arahan-arahan atau lewat hantar esei akan didenda dengan potongan markah iaitu 5% untuk setiap hari lewat.

(ii)  Ujian 5% : Ujian akan diadakan dipertengahan semester. Ujian ini mengandungi 100 soalan berbentuk objektif. Ujian ini juga adalah bertujuan untuk menguji kefahaman pelajar tentang tajuk-tajuk yang telah diajar serta sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan akhir. Tarikh ujian akan diberitahu dalam kuliah nanti.

(iii)  Kajian Luar 5% : Satu kajian luar wajib akan diadakan (tarikh akan diberitahu oleh pensyarah nanti). Pelajar perlu menulis satu laporan ringkas berkenaan dengan kajianluar tersebut. Laporan itu akan dinilai oleh pensyarah.

(B) Peperiksaan akhir ialah 70%:


Soalan-soalan peperiksaan akhir adalah berbentuk soalan esei. Pelajar-pelajar dinasihatkan merujuk kepada soalan-soalan tahun lepas di dalam kursus ini. Soalan-soalan akan meliputi kelima-lima bahagian. Pelajar-pelajar diwajibkan menjawab 4 soalan, iaitu sekurang-kurang 1 soalan daripada setiap bahagian tersebut.

  Senarai Rujukan

Buku Teks (WAJIB): Essentials of Physical Geography  (8th Edition)

                                    (International Student Edition)

                                    Robert E. Gabler, James F. Petersen & L. Michael Trapasso

Thomson Brooks/Cole Publication

§         Akin, W.E. (1990). Global Patters Climate, Vegetation and Soil. USA:  University of Oklahoma Press.

§         Barry, R.G.: dan Chorley, R.J. (1992). Atmosphere, Weather and Climate.  London and New York: Methuen. Sixth Edition.

§         de Blij, H.J. dan Muller, P.O. 1993. Physical Geography of the Global  Environment. New York: John Wiley and Sons.

§         Gerrard, J.(1992). Soil Geomorphology: An Integration of pedology and  Geomorphology. London: Chapman & Hall.

§         Griffiths, J.F. (1985). Kaji Iklim Gunaan: Satu Pengenalan. Petaling Jaya:  Fajar bakti.

§         Ibrahim Komo, Abdul Rahim Samsuddin, Hamzah Mohamad dan Ibrahim  Abdullah. (1987). Bumi: Sifat Fizik dan Kimia. Kuala Lumpur: Dewan  Bahasa dan Pustaka.

§         King, C.A.M. (1976). Landforms and Geomorphology. Longman.

§         Chan, N. W. (1995). Asas Kaji Iklim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

§         Chan, N. W. (1998). Cuaca Dan Iklim: Satu Koleksi Nota-Nota Kuliah. Pulau Pinang: N P Sdn Bhd.

§         Chan, N. W. (1998). Biogeografi: Nota-Nota Kuliah. Monograf. Pulau Pinang: N P Sdn Bnd.

§         Mc Knight, T.L. (1992). Essentials of Physical Geography. New Jersey:  Prentice Hall.

§         Reading, A.J., Thompson, R.D. dan Millington, A.C. (1995). Humid  Tropical Environment. Oxford: Blackwell.

§         Strahler, A.N. (1978). Geografi Fizikal. Kuala Lumpur: John Wiley and  Sons.

§         Strahler, A.H. & Strahler, A.N. (1994). Introducing Physical Geography.  New York: John Wiley & Sons; Inc.

§         Tivy, J. (1992) Biogeografi: Kajian Tumbuhan Dalam Ekosfera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka (Diterjemahkan oleh Rosiyah Abd. Latif dan Chan Ngai Weng)

§         Wan Ruslan Ismail (1994). Pengantar Hidrologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

 

Rounded Rectangle: JADUAL KULIAH 

 

 


BAHAGIAN  PENDEKATAN SISTEM DALAM GEOGRAFI FIZIKAL

 

Kuliah 1 - Pendekatan Sistem

 

Kuliah 2  – Keseimbangan Sistem

 

BAHAGIAN  KAJIKLIM

 

Kuliah 3 -  Sistem Atmosfera

·          Komposisi

Kuliah 4  - Suhu

Kuliah 5 - Tekanan Udara Dan Edaran Atmosfera 1

Kuliah 6 - Tekanan Udara Dan Edaran Atmosfera 2

Kuliah 7 -  Kelembapan Atmosfera

Kuliah 8 -  Interaksi Antara Sistem2

BAHAGIAN   HIDROLOGI

 

Kuliah 9  -  Ciri Fizikal Air  

 

 

Kuliah 10 – Kawasan Tadahan

 

 

Kuliah 11 -  Hidrologi Cerun 

   

 

 

 

 

 

Kuliah 12- Aliran sungai

 

 

Kuliah 13-  Pengangkutan endapan 

 

 

Kuliah 14 -  Hidrologi hutan

 

Kuliah 15: Rumusan/Kuliah ganti

 

 

BAHAGIAN BIOGEOGRAFI

 

Kuliah 16 –Pengenalan kepada Biogeografi

·        Biogeografi secara am

 

Kuliah 17  -  Konsep Ekosistem  

 

Kuliah 18 -  Aliran Tenaga dan Kitaran Bahan dalam Ekosistem

 

Kuliah 19  -  Biodiversiti

 

Kuliah 20  - Pemuliharaan Biodiversiti

 

Kuliah 21  - Biogeografi, Biodiversiti & Manusia

 

 

BAHAGIAN GEOMORFOLOGI FLUVIAL

 

Kuliah 22

 

Kuliah 23

 

Kuliah 24

 

Kuliah 25 Definisi & Proses-Proses Luluhawa Fizikal

 

Kuliah 26

 

Kuliah 27 Definisi & Proses-Proses Luluhawa Organik

 

Kuliah 28 Ulangkaji / Kuliah Ganti

 

MINGGU ULANG KAJI

 

PEPERIKSAAN AKHIR BERMULA

 

 

 

 

Rounded Rectangle: JADUAL TUTORIAL 

 

 

 


Nota: Tutorial akan bermula pada minggu ketiga

 

Semua tutorial akan diadakan di Bangunan C24 Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan.   

(Sila daftar untuk salah satu kumpulan tutorial sahaja.)          

 

Hari

Waktu

Kumpulan

Lokasi

ISNIN

11.00-12.00

1

C24 /110-111

 

12.00-13.00

2

C24 /110-111

 

15.00-16.00

3

C24 /110-111

 

16.00-17.00

4

C24 /110-111

 

17.00-18.00

5

C24 /110-111

 

 

 

 

SELASA

14.00-15.00

6

C24/110-111

 

 

 

 

JUMAAT

11.00-12.00

7

C24/005-006

                       

 

Topik Tutorial:    Topik tutorial akan diberikan sekurang-kurang 1 minggu sebelum tutorial oleh pensyarah berkenaan. Pelajar-pelajar diwajibkan bersiap sedia dengan membaca bahan-bahan rujukan atau mencari isi perbincangan untuk soalan tutorial yang diberikan sebelum masuk ke sesi tutorial. Mereka yang didapati tidak membuat sebarang persediaan (terbukti apabila mereka tak tahu menjawab soalan atau langsung tidak mengambil bahagian dalam perbincangan) akan dihalau keluar dari sesi tutorial tersebut. Jika didapati kesalahan ini berulang, mereka yang salah akan dihalang dari mengambil peperiksaan akhir.

 

 

 

 

 

 

 

 

Rounded Rectangle: TOPIK ESEI 

 

 

 


Topik esei akan diedarkan oleh keempat-empat pensyarah di papan notis depan bilik mereka masing-masing. Setiap pelajar hanya  perlu memilih SATU topik dan menulis SATU esei sahaja. Mereka boleh pilih sebarang topik dari mana-mana pensyarah yang mengajar kursus inj. Namun demikian, setiap topik dihadkan kepada 5 orang sahaja. Pendaftaran topik adalah berdasarkan “Siapa Awal Siapa Dapat”. Pelajar tidak dibenarkan mendaftar untuk kawan (Jika didapati salah, pelajar yang mendaftar akan diberikan markah kosong untuk eseinya).

 

Rounded Rectangle: TOPIK KAJIAN LUAR 

 

 

 


Kajian luar akan dijalankan oleh Dr Zullyadini Ab. Rahaman dan Dr Wan Ruslan Ismail. Tarikh akan diberitahu nanti. Topik kajian luar  akan dipaparkan di papan notis bilik beliau. Laporan kajian luar mesti diserahkan kepada pensyarah selewat-lewatnya Dua Minggu selepas kajian luar dijalankan.

 

 

Rounded Rectangle: MAKLUMAN BARU & PENTING 

 

 

 


Harap maklum bahawa pensyarah boleh menghalang mana-mana pelajar berkursus daripada mengambil peperiksaan pada bila-bila masa sewaktu semester jikalau didapati bersalah dan tidak lagi tertakluk kepada setakat minggu ke-9 sahaja!!!!